Pengikut-pengikut ku

Translation

Iklan RM20 Sebulan

readbud - get paid to read and rate articles

Sabtu, 13 Ogos 2011

Suara Aneh Di Atas Tangga


Perhatian: Kisah ini merupakan kisah benar yang diceritakan semula secara naratif dan bukan dialami sendiri oleh penulis. Tujuan kisah ini dipaparkan hanyalah untuk hiburan sahaja dan bukannya untuk mengaibkan sesiapa pun so read by your own risk. Selamat membaca dan berhibur.




Kisah ini dialami oleh saya sendiri ketika zaman budak-budak...
Waktu tu saya tinggal menyewa bersama ibu bapa saya di sebuah rumah dua tingkat. Kedua-dua mereka bekerja jadi saya selalu ditinggalkan berseorangan di rumah tu selepas balik dari sekolah.

Pada suatu petang...ketika saya baru balik dari sekolah...keadaan di dalam rumah itu sudahpun gelap. Memang keadaan dalam tu cepat berubah menjadi gelap kerana bentuk rekaan dalaman rumah tu.

Saya pun terus pergi mencari ibu saya seperti biasa kalau-kalau dia sudah balik dari kerja.
Waktu tu, saya tak fikir apa pun kalau dia dah ada dalam rumah tu jadi saya pun panggil dia " Mak?"

"Yeaaaa...."
Tetiba je suara ibu saya menyahut dari tingkat atas. Saya panggil dia balik tapi dia cuma menyahut dengan jawapan "Ya."

Saya merasa pelik. Kenapa suara dia lain? Suaranya berbunyi sayup-sayup, bergema lemah di sebalik dinding tingkat atas.

Saya panggil dia lagi dan dia cuma menyahut dengan jawapan yang sama iaitu ya.

Saya pun menaiki tangga perlahan-lahan menuju ke tingkat atas. Sebaik berada di atas, saya panggil dia lagi. "Yeaaaa..." nampak gayanya dia berada di bilik paling hujung berdasarkan
bunyi suaranya yang lemah.


Peliknya, perasaan kurang tenteram mula menerjah ke dalam lubuk hati saya. Tidak semena-mena jantung saya berdegup kencang tanpa sebab dan keinginan untuk pergi mendapatkan ibu saya ketika itu semakin kuat.

Tiba-tiba , saya tedengar bunyi seseorang membuka pintu rumah dan saya tidak jadi untuk pergi ke bilik paling hujung itu. Saya terus turun berlari ke bawah dan mendapati ibu saya sedang masuk ke dalam rumah sambil tangannya menjinjit beberapa buah beg plastik yang berisi barang-barang dapur.

"Ah, dah balik pun engkau. Tolong mak bawak beg-beg ni ke dapur."

"Eh, mak tadi tu si-" saya tidak jadi untuk meneruskan soalan saya dan ibu saya memandang saya dalam kehairanan. "Siapa?"

"Errm...ah! Takde pape lah!" dengan wajah yang sedikit berkerut, saya terus menyambar beg-beg plastik yang berada di tangan ibu saya tanpa memandang wajahnya sedikitpun dan berjalan menuju ke dapur.

Apabila melewati tangga yang berada di tengah-tengah rumah, saya menjeling perlahan-lahan ke atas. Hati saya berdebar pabila kaki saya tanpa disuruh-suruh menginjak ke atas anak tanga satu persatu.

Sebaik tiba di tingkat atas, mata saya terus melilau ke bilik yang paling hujung. Pintu bilik itu menguak sedikit. Tiba-tiba pandangan mata saya tertangkap sesuatu yang mendebarkan hati sesiapa sahaja ketika itu. Wajah pucat lesi milik seseorang yang saya tidak kenal sedang memerhatikan saya di sebalik pintu itu..








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...